ADAT MASYARAKAT MELAYU
• Dalam masyarakat Malaysia banyak adat yang digunapakai sehingga hari ini yang akhirnya
• Walau bagaimanapun, dalam masyarakat Melayu konsep adat berteraskan kepada 4 jenis adat
• Dalam masyarakat Melayu terdapat empat jenis adat :-
1) Adat yang sebenarnya adat
2) Adat yang diadatkan
3) Adat yang teradat
4) Adat istiadat
1. Adat yang sebenarnya adat
• sebelum masuk agama Islam, adat yang sebenarnya adat adalah aturan dalam masyarakat
• adat ini diterapkan dari hukum alam (undang-undang) atau hukum tabii atau natural law
• Adat yang sebenarnya adat ini tidak boleh berubah lantaran peraturannya diambil daripada
• Terungkap dalam peraturan-peraturan pepatah-petitih seperti :
Nan setitik jadikan laut
Nan sekepal jadikan gunung
Alam terkembang jadikan guru
2. Adat yang diadatkan
• Pada mulanya adat yang diadatkan ini adalah adat yang sebenarnya adat
• diadatkan oleh kata sepakat anggota masyarakat sehingga ia menjadi sebagai undang-undang masyarakat
• Adat yang diadatkan ini tetap berkuasa dalam masyarakat selama ia ditaati oleh orang ramai tetapi ia dapat berubah menurut keadaan
• Adat yang diadatkan terungkap dalam kata pepatah seperti contoh berikut :-
Bulat air ke pembuluh
Bulat kata ke mufakat
Berat sama dipikul
Ringan sama dijinjing
Penghulu beraja ke mufakat
Mufakat beraja ke benar
Benar berdiri sendirinya
Berjenjang naik bertangga turun
3. Adat yang teradat
• Adat yang teradat ialah adat yang telah diterima oleh masyarakat sebagai kebiasaan hidup sehari-hari tanpa ditetapkan lebih dahulu. Seperti kata pepatah :
Adat sepanjang jalan
Lain padang lain belalang
Lain lubuk lain ikan
Lain negeri lain adat
Patah tumbuh hilang berganti
4. Adat istiadat
• Adat istiadat : ialah adat yang bersifat upacara-upacara seperti pertabalan, nikah kahwin, berkhatan dan lain-lain
• Adat istiadat akan dan sentiasa diamalkan oleh sesuatu masyarakat atau sesuatu institusi.
Misalnya :-
a) Adat istiadat Hari Keputeraan Rasmi DYMM Seri Paduka Yang Dipertuan Agong
b) Hari Kebangsaan Malaysia 31 Ogos
c) Sambutan Maulud Nabi SAW
d) Adat istiadat Pertabalan Raja dan Sultan
Lain-lain Adat Yang Diterima Sebagai Peraturan Masyarakat
5. ADAT RESAM
• Terhasil daripada adat yang diadatkan
• Terdapat dalam setiap lapisan masyarakat berdasarkan ajaran agama dan juga kepercayaan bangsa yang akhirnya diterima sebagai satu kebiasaan yang dipanggil resam.
• Hingga hari ini ia dipanggil Adat Resam
• Dalam masyarakat Melayu terdapat banyak adat resam yang mesti dipatuhi sebagai satu kebiasaan / kelaziman
Sumber : (Tamadun Rumpun Budaya Melayu; Abdul Rahman Al-Ahmadi; KEKkWA, hal.173)
lebih dikenali sebagai adat resam.
• Walau bagaimanapun, dalam masyarakat Melayu konsep adat berteraskan kepada 4 jenis adat
yang mesti dipatuhi oleh setiap individu dalam masyarakat tersebut.
• Dalam masyarakat Melayu terdapat empat jenis adat :-
1) Adat yang sebenarnya adat
2) Adat yang diadatkan
3) Adat yang teradat
4) Adat istiadat
1. Adat yang sebenarnya adat
• sebelum masuk agama Islam, adat yang sebenarnya adat adalah aturan dalam masyarakat
yang dicontoh dan dipelajari
• adat ini diterapkan dari hukum alam (undang-undang) atau hukum tabii atau natural law
seperti adat api panas, adat air adalah basah, terkena hujan lapuk, terkena panas lekang
• Adat yang sebenarnya adat ini tidak boleh berubah lantaran peraturannya diambil daripada
tabii alam
• Terungkap dalam peraturan-peraturan pepatah-petitih seperti :
Nan setitik jadikan laut
Nan sekepal jadikan gunung
Alam terkembang jadikan guru
2. Adat yang diadatkan
• Pada mulanya adat yang diadatkan ini adalah adat yang sebenarnya adat
• diadatkan oleh kata sepakat anggota masyarakat sehingga ia menjadi sebagai undang-undang masyarakat
• Adat yang diadatkan ini tetap berkuasa dalam masyarakat selama ia ditaati oleh orang ramai tetapi ia dapat berubah menurut keadaan
• Adat yang diadatkan terungkap dalam kata pepatah seperti contoh berikut :-
Bulat air ke pembuluh
Bulat kata ke mufakat
Berat sama dipikul
Ringan sama dijinjing
Penghulu beraja ke mufakat
Mufakat beraja ke benar
Benar berdiri sendirinya
Berjenjang naik bertangga turun
3. Adat yang teradat
• Adat yang teradat ialah adat yang telah diterima oleh masyarakat sebagai kebiasaan hidup sehari-hari tanpa ditetapkan lebih dahulu. Seperti kata pepatah :
Adat sepanjang jalan
Lain padang lain belalang
Lain lubuk lain ikan
Lain negeri lain adat
Patah tumbuh hilang berganti
4. Adat istiadat
• Adat istiadat : ialah adat yang bersifat upacara-upacara seperti pertabalan, nikah kahwin, berkhatan dan lain-lain
• Adat istiadat akan dan sentiasa diamalkan oleh sesuatu masyarakat atau sesuatu institusi.
Misalnya :-
a) Adat istiadat Hari Keputeraan Rasmi DYMM Seri Paduka Yang Dipertuan Agong
b) Hari Kebangsaan Malaysia 31 Ogos
c) Sambutan Maulud Nabi SAW
d) Adat istiadat Pertabalan Raja dan Sultan
Lain-lain Adat Yang Diterima Sebagai Peraturan Masyarakat
5. ADAT RESAM
• Terhasil daripada adat yang diadatkan
• Terdapat dalam setiap lapisan masyarakat berdasarkan ajaran agama dan juga kepercayaan bangsa yang akhirnya diterima sebagai satu kebiasaan yang dipanggil resam.
• Hingga hari ini ia dipanggil Adat Resam
• Dalam masyarakat Melayu terdapat banyak adat resam yang mesti dipatuhi sebagai satu kebiasaan / kelaziman
Sumber : (Tamadun Rumpun Budaya Melayu; Abdul Rahman Al-Ahmadi; KEKkWA, hal.173)
0 Komen:
Post a Comment