KEUNIKAN MASYARAKAT
- BUDAYA
- AGAMA DAN KEPERCAYAAN
Kebudayaan dan adat resam masyarakat
Hidup beradat resam dalam masyarakat
1. ORANG MELAYU
· Dalam masyarakat Melayu terdapat banyak adat resam yang mesti dipatuhi sebagai satu kebiasaan / kelaziman
· Antara contoh adat resam Melayu :-
- memberi salam sebelum masuk rumah orang
- menunduk kepala ketika lalu di depan orang ramai atau orang lebih tua,
- berjabat tangan dengan mencium tangan orang tua
2. MASYARAKAT CINA
Adat berkunjung ke rumah orang Cina
1. Tetamu duduk sebelah kiri untuk menghormati tuan rumah
2. Jangan terus makan sebelum dipelawa
3. Pantang berkunjung sewaktu tuan rumah sedang makan
3. MASYARAKAT INDIA
Adat berkunjung ke rumah orang India
1. Pantang berkunjung pada hari Khamis
2. Pantang bayar hutang waktu malam
3. Beri salam vanakam (tamil) dan Namasthe (Hindi)
4. Tanggalkan kasut bila masuk rumah
5. Tidak boleh menolak pelawaan makan minum
• Penduduk di Malaysia terdiri daripada kepelbagaian kaum yang menganuti pelbagai agama
• Kebanyakan perayaan di Malaysia berkait rapat dengan agama dan kepercayaan yang dianuti oleh masyarakatnya
• Antara agama dan kepercayaan yang diamalkan: Islam, Buddha, Kristian, dan Hindu
• Kepelbagaian perayaan ini turut di sambut dan di rai oleh setiap kaum tidak mengira agama dan kepercayaan masing-masing
Tahun Baru Cina
• menandakan hari pertama kalendar Bulan dan perayaan ini disambut selama 15 hari
• Limau Mandarin dan putik pohon plum, yang melambangkan kemewahan serta nasib baik, menghias rumah penduduk berbangsa Cina
• Tarian naga dan tarian singa
• Pada malam sebelum Tahun Baru, ahli keluarga berkumpul menikmati jamuan makan malam, diikuti dengan rumah terbuka meraikan sanak saudara dan sahabat handai pada keesokkan harinya.
Thaipusam
• Perayaan ini disambut sebagai tanda kesyukuran oleh penganut agama Hindu, serta sebagai tanda penghormatan kepada tuhan Muruga atau Subramaniam
• kenderaan berhias tuhan Muruga dibawa berarak menerusi jalan-jalan tertentu di bandaraya sebelum berakhir di Batu Caves, Selangor
• Ribuan penganut berarak sambil memikul Kavadi
Tadau Kaamatan
• disambut setiap tahun oleh komuniti etnik terbesar di
• Perayaan kesyukuran ini diadakan sebagai tanda penghormatan kepada semangat padi yang digelar Bambaazon, atas hasil tuaian padi yang lumayan
• Kemuncak perayaan : termasuk jamuan minuman tuak, makanan serta tarian tradisional, pertandingan Ratu Cantik, perlumbaan kerbau dan sebagainya
Hari Raya Aidil Fitri
• Hari Raya Aidil Fitri disambut setelah tamatnya bulan puasa (Ramadhan)
• Penduduk Islam di Malaysia memulakan hari raya dengan menziarahi kubur diikuti sembahyang sunat hari Raya dan saling bermaafan antara satu sama lain
• Sanak-saudara serta sahabat handai dijemput ke rumah terbuka dan disajikan dengan pelbagai hidangan
Deepavali
• diraikan oleh penganut Hindu
• Deepavali dikenali juga sebagai Perayaan Cahaya pada setiap bulan ke-7 mengikut kalendar Hindu
• upacara sembahyang serta ‘pembersihan’ dijalankan di kuil-kuil serta tempat-tempat pemujaan penganut Hindu
Krismas
• Diraikan pada 25 Disember setiap tahun
• Menandakan kelahiran Jesus Christ
• Keluarga, sanak saudara dan sahabat berkumpul bagi meraikan perayaan ini
Wesak
• Penganut Buddha memperingati kelahiran, kesedaran dan kematian Buddha
• Para penganut mempersembahkan pemberian mereka dan menjalankan upacara seperti ‘mandian patung Buddha’, pembacaan mentera dan membakar colok
• Upacara perlantikan sami biasanya dilangsungkan di kuil-kuil Buddha dan pada sebelah malam diadakan perarakan
0 Komen:
Post a Comment