WAWASAN 2020
• Semasa pelancaran Majlis Perdagangan
• Ia diperkenalkan dalam kertas kerjanya iaitu “Malaysia- Melangkah Ke Hadapan”
• Bukan satu dasar tetapi tindakbalas kepada kemajuan dlm bdg ekonomi, sosial, kerohanian, kebudayaan dan politik yang berlaku di peringkat nasional dan antarabangsa
• Diperkenalkan sebagai satu garis panduan dan rangka kerja mengenai pendekatan yg harus diambil dalam memulakan langkah jauh yg ditempuh oleh negara
• Matlamat terakhir yang dicita-citakan ialah pembentukan sebuah negara
• Kemajuan yang dimaksudkan bukan semata-mata kemajuan lahiriah yang sempurna tetapi hendaklah meliputi pengwujudan satu masyarakat yang sempurna dengan nilai moral dan etika yang boleh dicontohi oleh negara-negara lain.
• Wawasan 2020 merupakan satu wawasan jangka panjang sebagai panduan arah dasar yang luas meliputi pelbagai aspek berkaitan dengan pembangunan negara dlm hubungan dengan perkembangan ekonomi dunia keseluruhan
• Ia memberi panduan arah tujuan, sasaran negera dan mengambil jangka masa agak panjang iaitu 30 tahun.
PERLUNYA SATU WAWASAN..KERANA?
1.MEMBERI ‘NATIONAL FOCUS’
• Wawasan yang jelas dan diterima umum berupaya memastikanbergerak kehadapan dengan tumpuan yang lebih jelas, yakin dan serentak
• Contoh: PresidenKennedy menyatakan dalam masa 10 tahunAmerikaSyarikat akan berjaya sampai ke bulan. Setiap anggota NASA dengan sokongan kerajaan dan rakyat bersungguh sungguh mencapai wawasan yang ditetapkan.
2.MENDAPATKAN KONSENSUS NASIONAL
• Penduduk berbilang kaum dan geografinya berasingan antara wilayah.
• Pandangan yang berbeza dan perselisihan mengenai masa depan negara
3. SATU PERJANJIAN SOSIO-POLITIK
• Menjadi satu panduan utama setiap rakyat membawa negara kepada satu tahap lebih maju di masa hadapan.
• Setiap rakyat ‘setuju-terima’ yakni mempersetujui arah dan matlamat yang sama.
4. MENYEDIAKAN GARIS PANDUAN BAGI AGENDA PEMBANGUNAN NASIONAL
• Satu pandangan jauh ke hadapan.
• Wawasan merupakan garis panduan utama bagi:
i) Menetapkan arah tujuan;
ii) Menetapkan matlamat.
iii) Menetapkan strategi;
iv) Menetapkan jangka masa;
v) Menetapkan pencapaian
1. Pembentukan Satu Negara Bangsa
• Mempunyai makna yang dalam kerana sebuah negara berdaulat rakyatnya tidak dapat diidentifikasikan melalui kaum keturunan atau warna kulit
• Merupakan pra syarat kepada kemajuan kerana kemajuan dibentuk melalui kerjasama yang terjalin
• Bg memahami konsep ini istilah perpaduan negara, kesetiaan kpd negara, keharmonian dan toleransi perlu difahami dan diamalkan.
2. Negara Perindustrian
• Negara yang berjaya mengubah corak ekonomi daripada pertanian kepada perindustrian
• Rakyat harus meneruskan transformasi ini yang telah mula sejak merdeka
• Rakyat negara maju didokong oleh kemahiran dan kepakaran sains & teknologi yang tinggi
• Di peringkat ini sektor swasta amatlah besar kerana ia akan menjadi jentera pertumbuhan ekonomi.
3. Keadilan Ekonomi dan Sosial
• Satu cabaran besar yang perlu dihadapi bagi mewujudkan negara maju dan bersatu
• Mengelakkan keciciran kemajuan bagi golongan tertentu dalam satu negara
• Penegasan semula ke atas isu penting iaitu pembasmian kemiskina, keseimbangan sosioekonomi antara kaum, wilayah dan luar bdr dan bandar
• Diterjemahkan dalam objektif Dasar Pembangunan Nasional dan projek Rancangan Malaysia ke6
4. Moral dan Etika
• Negara maju ala Malaysia lain drp yg lain
• Kemajuan harus berpegang kepada falsafah moral dan etika yang tinggi berasaskan kepercayaan agama.
• Falsafah ini penting kerana kemajuan kebendaan tanpa nilai moral dan etika tidak akan wujud kesejahteraan dan keharmonian yang berkekalan
• Disokong oleh Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam
5. Pembangunan Masyarakat Berdasarkan Sistem Kekeluargaan
• Mengetengahkan perkara pokok sistem sosial iaitu berdasarkan keluarga yang menjadi asas pembentukan masyarakat an masyarakat pula asa pembinaan negara
• Kekuatan dan kemajuan sesebuah negara bermula dan terletak pada keluarga dan masyarakat
• Keluarga mencorakkan kualiti masyarakat
• Memerlukan rakyat menyedari kepentingan isntitusi keluarga bagi mewujudkan keluarga dan masyarakat yang sempurna
---> Wawasan 2020, menjadikan
--->Wawasan 2020 tidak meminta Malaysia menjadi negara barat atau Jepun tetapi menjadi sebuah negara baru dan lebih mantap dalam semua aspek kehidupan berlandaskan kekuatan moral dan etika serta pegangan agama yang asal oleh penduduknya.
--->Wawasan 2020 bukan slogan hanya untuk dilaungkan tetapi satu tindakan kerja (frame work of action) bagi setiap rakyat.
---> Wawasan 2020 memerlukan beberapa perisian penting, diantaranya ialah kualiti tenaga kerja yang dihasilkan oleh sistem pendidikan, perubahan sikap dan nilai, penekanan kaedah sains dan teknologi, perancangan dan peranan sektor swasta yang lebih dinamik.
---> Dengan itu barulah kita akan dapat maju selaras dengan acuan kita sendiri tanpa menjadi negara-negara barat atau negara maju yang lain yang mementingkan nilai material semata-mata.
1 Komen:
bagus2, isi simple tapi padat, hurai mudah difaham, boleh dikatakan semua ok lah, 70 markah....
Post a Comment