Dasar Bahasa

  • 8/20/2010
  • NaDia~










  • Perjuangan Memartabatkan Bahasa Ibunda dan Kebangsaan

    ASAS PEMBENTUKAN MASYARAKAT DI MALAYSIA


    DASAR BAHASA


    AKTA BAHASA KEBANGSAAN 1963

    (AKTA 32)


    Suatu akta bagi menyatukan undang-undang berhubung dengan penggunaan Bahasa Kebangsaan

    Berkuatkuasa di negeri Sabah, Sarawak pada tarikh yang ditetapkan oleh pihak berkuasa negeri masing-masing


    Bahasa Kebangsaan hendaklah digunakan bagi maksud rasmi


    Penggunaan bahasa-bahasa lain dibenarkan bagi apa-apa maksud yang difikirkan perlu demi kepentingan awam termasuk bahasa Inggeris


    Penggunaan bahasa Inggeris dibenarkan di Parlimen dan dewan undangan negeri


    Segala teks rasmi berkenaan undang-undang, akta, enakmen, ordinan hendaklah ditulis dalam bahasa kebangsaan dan Inggeris


    Teks bahasa kebnagsaan adalah sahih melainkan YDPA menetapkan sebaliknya


    Undang-undang bertulis sebelum 1 September 1967 yang diterjemahkan dalam bahasa kebangsaan dianggap sah oleh YDPA


    Bahasa mahkamah hendaklah dalam bahasa kebangsaan dan mahkamah boleh menetapkan sama ada sesuatu prosiding boleh dilakukan dalam bahasa kebangsaan atau Inggeris.


    FUNGSI, KEDUDUKAN DAN TARAF BAHASA MELAYU


    Selepas 1957, kedudukan dan taraf BM adalah sebagai bahasa kebangsaan


    Sebagai bahasa kebangsaan BM diwajibkan untuk menjadi bahasa perantaraan dan bahasa rasmi dalam semua hal.


    Ia juga menjadi bahasa pentadbiran, bahasa perhubungan awam serta bahasa ilmu dan semua ini dipikul peringkat demi peringkat oleh BM sejak 1957


    Asmah Hj Omar (1985), bahasa kebangsaan sebahagian bahasa yang melambangkan identiti dan kedaulatan negara


    Fishman (dalam W.H. Whiteley; 1971) mengatakan ada 3 jenis penentuan dasar bahasa di setiap negara iaitu jenis A, B, dan C


    Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan menegaskan sekali lagi bahawa dasar bahasa yang dibuat oleh kerajaan untuk membentuk masyarakat pluralistik yang bersatu padu adalah serius

    Ia menetapkan satu bahasa iaitu BM sebagai bahasa kebangsaan atau rasmi untuk mana-mana keperluan


    Asas pembentukan masyarakat di Malaysia yang didasari oleh dasar bahasa yang menetapkan BM sebagai bahasa kebangsaan, yang mesti dipelajari dan digunakan oleh semua orang merupakan simbol identiti masyarakat dan negara bangsa Malaysia


    Bahasa Melayu mempunyai syarat untuk memenuhi keperluan bagi menjadi bahasa kebangsaan yang melambangkan kedaulatan dan perpaduan negara


    2 ciri tersebut adalah :-


    (i) menjadi asas kebudayaan nasional


    (ii) menyatupadukan rakyat


    Bahasa yang berbeza-beza menimbulkan kebudayaan yang berbeza juga

    Ia tidak akan menimbulkan satu negara yang mempunyai perpaduan yang teguh

    Perpaduan rakyat yang berbilang bangsa itu boleh dicapai dengan adanya satu kebudayaan nasional yang mempunyai bahasa kebangsaan sebagai lambang ekspresinya (Asmah Hj. Omar; 1985)

    0 Komen:

    Post a Comment

    Copyright 2010 MASYARAKAT MALAYSIA