Industri Pelancongan

  • 8/21/2010
  • NaDia~
  • Tempat-tempat Menarik di Malaysia

    • Malaysia amat kaya dengan warisan budaya di bandar dan luar bandar. Di samping itu, Malaysia juga mempunyai pantai-pantai yang terbaik, hutan hujan tropika yang tertua di dunia, sistem gua yang sangat menarik dan juga bangunan berkembar tertinggi di dunia.

    · Terdapat pelbagai jenis penginapan disediakan daripada hotel kelas ekonomi hinggalah hotel-hotel bertaraf 5 bintang, pangsapuri mewah, chalet dan rumah tumpangan di persekitaran pantai. Para pelancong pasti akan mendapat tempat penginapan yang sesuai dengan minat dan keperluan.

    · Pengalaman menlancong ke Malaysia akan pastinya meninggalkan kenangan istimewa dengan kepelbagaian juadah makanan yang berasal daripada pelbagai rumpun etnik di Malaysia dan kepelbagaian kaum yang tinggal di sini.

    Pelancongan

    · Industri pelancongan adalah salah satu penyumbang kepada ekonomi negara yang semakin meningkat kepentingannya. Malaysia yang mempunyai banyak destinasi yang dianggap terindah di dunia kini menarik semakin ramai pelancong dari luar dan dalam negara.

    · Rancangan Malaysia Ke-9 - Bab 8 menyatakan hasrat kerajaan untuk meningkatkan ekonomi negara dengan memberi lebih tumpuan pada aspek-aspek tertentu, termasuk industri pelancongan.

    · Industri pelancongan di Malaysia merupakan sektor yang penting dalam kegiatan pertukaran wang asing, yang menyumbangkan kepada pertumbuhan ekonomi negara, menarik pelaburan dan mewujudkan peluang-peluang pekerjaan.

    · Kerajaan lebih fokus dalam usaha memperbaharui kedudukan negara sebagai destinasi pelancongan luar negara utama, di samping meningkatkan usaha-usaha yang berterusan bagi mempromosikan pelancongan tempatan. Peluang terbuka luas kepada para usahawan, pemilik perniagaan dan pelabur yang menyokong sasaran Kerajaan.

    · Kementerian Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia) , Pusat Pelancongan Malaysia and Virtual Malaysia will take the lead in developing the industry. Tourism Malaysia, Malaysian Tourism Centre Virtual Malaysia pula bertanggungjawab mempromosi dan memasarkan pelbagai produk dan perkhidmatan pelancongan negara di dalam dan luar negara melalui pasaran usahasama.

    0 Komen:

    Post a Comment

    Copyright 2010 MASYARAKAT MALAYSIA