Keunikan Masyarakat Malaysia

  • 8/20/2010
  • NaDia~


  • KEUNIKAN MASYARAKAT MALAYSIA



    SISTEM POLITIK DAN PEMERINTAHAN


    Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem Demokrasi berasaskan kepada sistem Persekutuan. Sehubungan dengan itu, ia bermakna negeri-negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak , Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak dan Sabah telah bersetuju dengan konsep penubuhan Negara Malaysia.


    Setiap negeri yang terbabit telah menyerahkan sebahagian kuasa masing-masing, seperti kewangan, pertahanan, pelajaran, luar negara dan lain-lain lagi seperti mana yang telah tercatat di dalam Perlembagaan Malaysia yang ditadbir oleh Kerajaan Pusat. Ada perkara-perkara yang dijadikan kuasa negeri dan negeri akan mentadbirkan kuasa.


    Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen

    Ia bernaung di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara.

    Perlembagaan negara telah digubal dengan mengadakan syarat-syarat untuk pengalaman sistem ini.


    Salah satu syarat sistem Demokrasi Berparlimen adalah pembahagian kuasa kepada tiga bahagian di dalam pemerintahan, iaitu :-

    1. Perundangan (Legislatif),
    2. Kehakiman (judisiari) dan
    3. Pentadbiran (Eksekutif.)

    PRINSIP DEMOKRASI BERPARLIMEN


    •Raja Berperlembagaan
    •Parlimen
    •Perlembagaan
    •Sistem pemerintahan
    •Kebebasan asasi


    PARLIMEN

    • diperkenalkan pada 1909
    • perhimpunan perundingan bagi tujuan membuat undang-undang rasmi negara

    KERAJAAN BERPARLIMEN

    • Satu sistem kerajaan
    • Diwakili ahli-ahli eksekutif
    • Hasil pilihanraya umum

    LATARBELAKANG PARLIMEN

    • Majlis Persekutuan 1909
    • Crown Colony
    • Malayan Union
    • Majlis Perundangan Persekutuan 1948
    • Sistem Ahli (Member System) – 1951
    • Dewan Undangan Persekutuan 1955
    • Parlimen – 19 Ogos 1959

    PARLIMEN

    • wujud hasil pilihanraya umum 19 Ogos 1959(selepas pembubaran Dewan Undangan Persekutuan pada 27 Jun, 1959)
    • terdiri dari 104 orang ahli yang dipilih.

    STRUKTUR PARLIMEN


    Unikameral - 1 dewan


    Bikameral - 2 buah dewan


    contoh: Malaysia - Dewan Negara & Dewan Rakyat


    Amerika - House of Representatives & House of Senate

    Britain - House of Commons & House of Lords


    STRUKTUR & KEANGGOTAAN PARLIMEN


    # Yang diPertuan Agong
    # Dewan Negara
    # Dewan Rakyat


    KUASA PARLIMEN


    1. Senarai Persekutuan


    (keadilan, kewangan, pertahanan, hal

    ehwal luar negara dan pendidikan)


    2. Senarai Negeri


    (tanah, perlombongan, pertanian,
    perhutanan, hal ehwal agama Islam dan
    adat resam)


    3. Senarai Bersama


    (kebajikan masyarakat, biasiswa, perlindungan hidupan liar)


    KEISTIMEWAAN PARLIMEN

    • Perjalanan di dalam Dewan tidak boleh didakwa di mahkamah.
    • Tidak boleh didakwa terhadap ucapan dalam Parlimen.
    • Hanya kalau menimbulkan isu2 sensitif boleh didakwa di bawah Akta Hasutan 1948.
    • Tidak boleh dibicarakan di mahkamah terhadap apa yang diterbit dalam Dewan Parlimen.
    • Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berparlimen.
    • Sistem ini mendapat sokongan dan penglibatan pihak pemerintah dan rakyat jelata.
    • Sistem Parlimen dan pilihanraya di Malaysia akan terus kekal dan bertambah

    Sumber : http://www.scribd.com/doc/13160062/Demokrasi

    0 Komen:

    Post a Comment

    Copyright 2010 MASYARAKAT MALAYSIA