• 8/20/2010
  • NaDia~













  • MASYARAKAT MALAYSIA SEBELUM MENCAPAI KEMERDEKAAN


    LATAR BELAKANG MASYARAKAT MALAYSIA



    Ciri-ciri masyarakat Melayu tradisional ialah:-

    1. Wujudnya golongan memerintah dan diperintah
    2. Hidup berkelompok
    3. Komuniti kecil
    4. Berasaskan wilayah yang sama
    5. Wujud di kawasan pesisiran
    6. Wujud perbezaan sosial disebabkan oleh faktor – pembahagian kerja, status dan kuat


    Perkataan tradisional –menggambarkan entiti atau sifat sesuatu masyarakat sebelum kuatnya pengaruh modenisasi


    Dihubungkan dengan masa lampau


    Dikatakan istilah yang subjektif dan juga sesuatu yang relatif

    \

    Corak masyarakat Melayu tradisional-masyarakat feudal

    Wujud zaman kerajaan Melayu Melaka


    Dikatakan masyarakat yg wujud sebelum campur tangan British


    Melaka –cth masyarakat Melayu feudal kerajaan pesisir


    Didirikan di tepi laut berasaskan ekonomi perdagangan(spt jg masy di Makasar dan Jawa)


    Bergantung pada perdagangan secara besar-besaran yg kemudiannya menjadikan Melaka kerajaan bersifat kosmopolitan


    Perdagangan menimbulkan golongan sosial tertentu yang berpengaruh


    Tumpuan taat setia hanya kepada seorang raja(feudalistik)


    Sebelum abad ke 19, struktur masyarakat tradisional belum dipengaruhi oleh kuasa British walaupun kuasa luar yang terawal telah ada


    Struktur masyarakat Melayu traisional merupakan lanjutan cara pemerintahan Hindu-mengakibatkan perpecahan masyarakat berasaskan golongan bangsawan dan golongan rakyat


    Pembahagian kerja – membezakan aktiviti antara unit sosial


    Status – memperlihatkan nilai prestij sosial yang berbeza dlm struktur keseluruhan. Dlm hierarki, golongan bangsawan mempunyai prestij yang tinggi daripada orang lain


    Kuasa golongan bangsawan – cerminan peranan mereka dalam membuat keputusan terhadap org lain dan melahirkan perbezaan


    Struktur msyarakat Melayu tradisional digambarkan sebagai satu piramid yang besar menunjukkan perbezaan, kedudukan, peranan dan kuasa lapisan masyarakat.


    Merupakan ciri sistem monarki dan feudal yang kuat


    0 Komen:

    Post a Comment

    Copyright 2010 MASYARAKAT MALAYSIA