Masyarakat Zaman Penjajahan

  • 8/20/2010
  • NaDia~













  • HURAIAN MENGENAI MASYARAKAT ZAMAN PENJAJAHAN



    Penjajahan

    • Menakluk sesuatu kawasan dan meletakkannya di bawah pengaruh mereka
    • Untuk memenuhi kehendak penjajah dari segi keuntungan ekonomi
    • penjajahan = penaklukan kuasa besar ke atas negara lemah
    • Penjajahan di Tanah Melayu = penaklukan kuasa Barat

    3 Peringkat Zaman Penjajahan Eropah

    1. Zaman Penjelajahan – untuk meluaskan pengaruh
    2. Zaman Perdagangan – untuk merebut kekayaan negara yang dijajah
    3. Zaman Imperialisme – menggunakan kekerasan untuk mendapatkan faedah yang dimahukan

    Masyarakat zaman penjajahan – Imigran Cina

    • Melalui sistem kangchu
    • Bermula penghijrahan orang Cina secara besar-besaran dari Tanah Besar China dan Singapura ke Johor apabila perjanjian ditandatangani antara Temenggung Ibrahim dengan Kangchu

    Masyarakat zaman penjajahan – Imigran India

    • Kemasukan sebagai buruh tawanan perang dan buruh ladang

    - Tawanan perang : membina jambatan, bangunan dan jalan raya


    - Buruh-buruh ladang : bekerja di ladang teh, kopi dan getah

    • Cara kedatangan : Sistem Buruh Kontrak, Sistem Kangani (mandur) dan kemasukan buruh bebas

    MASYARAKAT MAJMUK

    • “satu kumpulan manusia yang terdiri daripada pelbagai rumpun bahasa telah membentuk satu kesatuan, khususnya dalam aspek politik, sosial dan ekonomi di sesuatu tempat bagi membentuk satu kumpulan yang bersatu padu”-Kamus Dewan
    • Menurut Furnival, masyarakat majmuk muncul akibat dari dasar-dasar penjajah yang menggalakkan penghijrahan penduduk mengikut keperluan ekonomi mereka
    PENCEROBOHAN KOMUNIS KE TANAH MELAYU


    Penjajahan Jepun di Tanah Melayu merupakan satu turutan pertempuran yang singkat tetapi sengit dan merupakan satu detik perubahan antara pemerintahan daripada orang putih (British) kepada pemerintah Jepun.

    • Ini merupakan konsep baru yang tidak pernah terlintas dalam pemikiran orang-orang Melayu umum — pemerintahan oleh bangsa lain selain daripada mereka yang berkulit putih — sebelum ini.


    MENUNTUT KEMERDEKAAN

    • Setelah lama Tanah Melayu dijajah oleh kuasa-kuasa asing, wujud penentangan dari masyarakat Tanah Melayu untuk menuntut kemerdekaan selepas perang dunia kedua.
    • Penaklukan Jepun ke atas Tanah Melayu telah membuka mata masyarakat bahawa kuasa penjajah tidak akan memberi sebarang manfaat dan tidak memikirkan kebajikan penduduk asal tanah tersebut.
    • Pelbagai liku-liku harus ditempuhi dan akhirnya Tanah Melayu dapat dibebaskan daripada tangan penjajah dan mengecap kemerdekaan pada 31 OGOS 1957.

    0 Komen:

    Post a Comment

    Copyright 2010 MASYARAKAT MALAYSIA