Sistem Politik Dan Pemerintahan

  • 8/20/2010
  • NaDia~













  • STRUKTUR PENTADBIRAN


    Yang Di-Pertuan Agong


    ¡ Merupakan Ketua Negara dan ketua kepada 3 cabang kerajaan


    ¡ Dilantik 5 tahun sekali daripada kalangan 9 orang raja-raja Melayu


    ¡ Setelah dilantik sebagai YDPA, baginda tidak boleh meneruskan tugas-tugas sebagai raja di negerinya kecuali:


    Ø Tugas sebagai ketua agama Islam


    Ø Tugas dan kuasa yang berkaitan dengan pindaan perlembagaan


    Ø Kuasa untuk melantik seorang Pemangku Raja dan anggota Majlis Pangkuan Raja di negerinya

    1. Kuasa Eksekutif

    ¡ Perkara 39 Perlembagaan Persekutuan menyatakan YDPA bertindak sebagai punca kuasa eksekutif


    ¡ Baginda bertindak atas nasihat kabinet atau nasihat seorang menteri yang bertindak di bawah kuasa am Kabinet (biasanya Perdana Menteri)


    ¡ Berhak untuk memperoleh maklumat tentang pemerintahan Persekutuan daripada Kabinet


    2. Kuasa Perundangan


    ¡ Berkuasa untuk memanggil Parlimen supaya bersidang ,menangguh dan membubarkan Parlimen

    ¡ Rang undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen perlu mendapat persetujuan daripada YDPA sebelum dijadikan undang-undang


    ¡ Penyimpan Mohor Besar Raja-raja dititah mengenakan Cop Mohor Besar ke atas rang undang-undang yang telah mendapat perkenan YDPA


    ¡ Rang undang-undang akan berkuatkuasa setelah diwartakan dalam Warta Kerajaan


    3. Kuasa Kehakiman


    ¡ YDPA melantik Ketua Hakim Negara, Hakim-hakim Besar serta Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Tinggi


    ¡ atas nasihat Perdana Menteri selepas berunding dengan Majlis Raja-raja


    4. Kuasa Budi Bicara


    ¡ YDPA boleh bertindak mengikut budi bicaranya sendiri dalam:

    1. Melantik Perdana Menteri
    2. Tidak mempersetujui permintaan PM untuk membubarkan Parlimen
    3. Meminta diadakan mesyuarat Majlis Raja-raja mengenai kedudukan, keistimewaan, kemuliaan dan kebesaran raja-raja

    5. Tugas-tugas lain


    ¡ Menjadi Panglima Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia dan Ketua Agama Islam di Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak, dan negerinya sendiri


    ¡ Dalam keadaan-keadaan tertentu, baginda berkuasa untuk mengisytiharkan darurat

    ¡ Berkuasa melantik atau melucutkan jawatan Jemaah Menteri dan timbalannya


    ¡ Melantik duta-duta dan pesuruhjaya tinggi Malaysia ke negara-negara luar serta menerima tauliah daripada perwakilan asing


    Sumber : http://www.townplan.gov.my/ensiklopedia/BAB%2002.pdf


    0 Komen:

    Post a Comment

    Copyright 2010 MASYARAKAT MALAYSIA