Wawasan 2020

  • 8/13/2010
  • NaDia~











  • WAWASAN 2020

    Semasa pelancaran Majlis Perdagangan Malaysia pada 28 Februari 1991, YAB PM ke-4 Tun Mahathir Mohamad telah memperkenalkan satu pemikiran baru untuk membawa Malaysia maju dikenali sebagai Wawasan 2020.

    Ia diperkenalkan dalam kertas kerjanya iaitu “Malaysia- Melangkah Ke Hadapan”

    Bukan satu dasar tetapi tindakbalas kepada kemajuan dlm bdg ekonomi, sosial, kerohanian, kebudayaan dan politik yang berlaku di peringkat nasional dan antarabangsa

    Diperkenalkan sebagai satu garis panduan dan rangka kerja mengenai pendekatan yg harus diambil dalam memulakan langkah jauh yg ditempuh oleh negara

    Matlamat terakhir yang dicita-citakan ialah pembentukan sebuah negara Malaysia sebagai sebuah negara perindustrian dan benar-benar maju menjelang tahun 2020 menurut acuan kita sendiri.

    Kemajuan yang dimaksudkan bukan semata-mata kemajuan lahiriah yang sempurna tetapi hendaklah meliputi pengwujudan satu masyarakat yang sempurna dengan nilai moral dan etika yang boleh dicontohi oleh negara-negara lain.

    Wawasan 2020 merupakan satu wawasan jangka panjang sebagai panduan arah dasar yang luas meliputi pelbagai aspek berkaitan dengan pembangunan negara dlm hubungan dengan perkembangan ekonomi dunia keseluruhan

    Ia memberi panduan arah tujuan, sasaran negera dan mengambil jangka masa agak panjang iaitu 30 tahun.

    PERLUNYA SATU WAWASAN..KERANA?

    1.MEMBERI ‘NATIONAL FOCUS’

    Wawasan yang jelas dan diterima umum berupaya memastikanbergerak kehadapan dengan tumpuan yang lebih jelas, yakin dan serentak

    Contoh: PresidenKennedy menyatakan dalam masa 10 tahunAmerikaSyarikat akan berjaya sampai ke bulan. Setiap anggota NASA dengan sokongan kerajaan dan rakyat bersungguh sungguh mencapai wawasan yang ditetapkan.

    2.MENDAPATKAN KONSENSUS NASIONAL

    Penduduk berbilang kaum dan geografinya berasingan antara wilayah.

    Pandangan yang berbeza dan perselisihan mengenai masa depan negara

    3. SATU PERJANJIAN SOSIO-POLITIK

    Menjadi satu panduan utama setiap rakyat membawa negara kepada satu tahap lebih maju di masa hadapan.

    Setiap rakyat ‘setuju-terima’ yakni mempersetujui arah dan matlamat yang sama.

    4. MENYEDIAKAN GARIS PANDUAN BAGI AGENDA PEMBANGUNAN NASIONAL

    Satu pandangan jauh ke hadapan.

    Wawasan merupakan garis panduan utama bagi:

    i) Menetapkan arah tujuan;

    ii) Menetapkan matlamat.

    iii) Menetapkan strategi;

    iv) Menetapkan jangka masa;

    v) Menetapkan pencapaian

    1. Pembentukan Satu Negara Bangsa Malaysia

    Mempunyai makna yang dalam kerana sebuah negara berdaulat rakyatnya tidak dapat diidentifikasikan melalui kaum keturunan atau warna kulit

    Merupakan pra syarat kepada kemajuan kerana kemajuan dibentuk melalui kerjasama yang terjalin

    Bg memahami konsep ini istilah perpaduan negara, kesetiaan kpd negara, keharmonian dan toleransi perlu difahami dan diamalkan.

    2. Negara Perindustrian

    Negara yang berjaya mengubah corak ekonomi daripada pertanian kepada perindustrian

    Rakyat harus meneruskan transformasi ini yang telah mula sejak merdeka

    Rakyat negara maju didokong oleh kemahiran dan kepakaran sains & teknologi yang tinggi

    Di peringkat ini sektor swasta amatlah besar kerana ia akan menjadi jentera pertumbuhan ekonomi.

    3. Keadilan Ekonomi dan Sosial

    Satu cabaran besar yang perlu dihadapi bagi mewujudkan negara maju dan bersatu

    Mengelakkan keciciran kemajuan bagi golongan tertentu dalam satu negara

    Penegasan semula ke atas isu penting iaitu pembasmian kemiskina, keseimbangan sosioekonomi antara kaum, wilayah dan luar bdr dan bandar

    Diterjemahkan dalam objektif Dasar Pembangunan Nasional dan projek Rancangan Malaysia ke6

    4. Moral dan Etika

    Negara maju ala Malaysia lain drp yg lain

    Kemajuan harus berpegang kepada falsafah moral dan etika yang tinggi berasaskan kepercayaan agama.

    Falsafah ini penting kerana kemajuan kebendaan tanpa nilai moral dan etika tidak akan wujud kesejahteraan dan keharmonian yang berkekalan

    Disokong oleh Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam

    5. Pembangunan Masyarakat Berdasarkan Sistem Kekeluargaan

    Mengetengahkan perkara pokok sistem sosial iaitu berdasarkan keluarga yang menjadi asas pembentukan masyarakat an masyarakat pula asa pembinaan negara

    Kekuatan dan kemajuan sesebuah negara bermula dan terletak pada keluarga dan masyarakat

    Keluarga mencorakkan kualiti masyarakat

    Memerlukan rakyat menyedari kepentingan isntitusi keluarga bagi mewujudkan keluarga dan masyarakat yang sempurna

    ---> Wawasan 2020, menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju yang mempunyai kualiti hidup yang tinggi dan Malaysia harus mempelajari kelemahan dan kekuatan yang berlaku di negara maju.

    --->Wawasan 2020 tidak meminta Malaysia menjadi negara barat atau Jepun tetapi menjadi sebuah negara baru dan lebih mantap dalam semua aspek kehidupan berlandaskan kekuatan moral dan etika serta pegangan agama yang asal oleh penduduknya.

    --->Wawasan 2020 bukan slogan hanya untuk dilaungkan tetapi satu tindakan kerja (frame work of action) bagi setiap rakyat.

    ---> Wawasan 2020 memerlukan beberapa perisian penting, diantaranya ialah kualiti tenaga kerja yang dihasilkan oleh sistem pendidikan, perubahan sikap dan nilai, penekanan kaedah sains dan teknologi, perancangan dan peranan sektor swasta yang lebih dinamik.

    ---> Dengan itu barulah kita akan dapat maju selaras dengan acuan kita sendiri tanpa menjadi negara-negara barat atau negara maju yang lain yang mementingkan nilai material semata-mata.


    1 Komen:

    1. Unknown said...
    2. bagus2, isi simple tapi padat, hurai mudah difaham, boleh dikatakan semua ok lah, 70 markah....

    Post a Comment

    Copyright 2010 MASYARAKAT MALAYSIA