Masyarakat Peribumi Negeri Sarawak

  • 8/13/2010
  • NaDia~











  • MASYARAKAT PERIBUMI NEGERI SARAWAK

    SARAWAK

    — Sarawak = negeri terbesar di Malaysia

    — negeri yang paling ramai etnik dan suku-suku kaum dalam etnik besar tersebut.

    — mempunyai 28 etnik yang pelbagai

    — Iban (30.1%), Cina (26.7%), Bidayuh dan Melayu


    MELAYU

    — Masyarakat Melayu di Sarawak = masyarakat keempat terbesar di negeri Sarawak

    — Mewakili 25% daripada penduduk di negeri tersebut

    — Bercakap dalam dialek Bahasa Melayu yang berbeza daripada Bahasa Melayu penduduk Melayu di Semenanjung Malaysia

    — Dikenali sebagai Bahasa Melayu Sarawak

    — Sesetengah budaya dipengaruhi oleh kebudayaan Melayu Brunei (sebelum British menjajah, Sarawak adalah sebahagian daripada wilayah Brunei)

    — Budaya yang dipengaruhi kebanyakannya budaya dan adat suku kaum Melanau (banyak mendiami kawasan pesisiran pantai di bahagian tengah negeri Sarawak)

    — Penduduk di kawasan pesisiran pantai-nelayan

    — di bahagian tengah negeri Sarawak dan duduk di pesisiran pantai -kegiatan ekonomi perikanan

    — di kawasan pedalaman - bekerja sebagai petani dan pengusaha kebun buah-buahan (kebiasaannya mengusahakan penanaman padi buk

    — kini ramai yangbekerja sebagai pegawai dan kakitangan kerajaan dan swasta di bandaraya Kuching

    — Majoriti masyarakat Melayu Sarawak beragama Islam

    IBAN

    — Etnik terbesar di Sarawak

    — Populasi 30% daripada keseluruhan penduduk Sarawak

    — dahulu dikenali sebagai pahlawan yang gagah dan garang

    — dikatakan suku kaum yang mengumpul kepala musuh dan dijadikan piala kemenangan (ngayau)

    — Penduduk Iban tradisi duduk di kawasan sepanjang lembah sungai

    — Seni bina yang terkenal dalam kalangan orang Iban adalah rumah panjang-terletak di sepanjang sungai dan dibahagikan kepada beberapa unit rumah individu antara 6 – 100 unit

    — di rumah panjang, wujud sistem demokrasi tersendiri dengan melantik seorang ketua rumah panjang (Tuai Rumah)

    — Fungsi Tuai Rumah =seperti Ketua Kampung/Penghulu

    — bertutur dengan bahasa dan dialek yang tersendiri

    — Bahasa Iban banyak persamaan dengan bahasa Melayu

    — Perbezaan -intonasi, sebutan dan istilah mengikut daerah masing-masing

    — Perayaan terbesar =Gawai Dayak yang disambut pada 1 & 2 Jun setiap tahun

    BIDAYUH

    — Dikenali sebagai Dayak Darat

    — Dipercayai penduduk awal menduduki Sarawak

    — Bidayuh terdiri daripada banyak kumpulan dan sub kumpulan:-

    i) Bukar – Sadung : Daerah Serian

    ii) Bau – Jagoi : Daerah Bau

    iii) Salako – Lara : Daerah Lundu

    — Kumpulan – kumpulan ini bertutur dalam bahasa yang berbeza

    — Ekonomi masa dahulu =bertani, melakukan sistem pertanian pindah (padi bukit) dan berburu

    — Masyarakat Bidayuh dikatakan suku kaum yang penuh kemanisan, lemah lembut, sederhana, peramah dan mempunyai senyuman yang mesra

    MELANAU

    — Orang Melanau dipercayai sebagai suku kaum terawal yang menduduki Sarawak sebelum orang-orang Bidayuh

    — Mewakili 6% populasi penduduk

    — Mendiami kawasan pesisiran tengah negeri Sarawak di antara Sg. Rajang dan Baram

    — Majoriti beragama Islam dan Kristian

    — Sumber ekonomi = nelayan

    — bertutur dalam dialek Melayu tersendiri dan agak berbeza dengan dialek Melayu Sarawak

    0 Komen:

    Post a Comment

    Copyright 2010 MASYARAKAT MALAYSIA