Masyarakat Peribumi Negeri Sabah

  • 8/13/2010
  • NaDia~











  • MASYARAKAT PERIBUMI NEGERI SABAH

    Negeri Sabah merupakan negeri kedua terbesar di Malaysia selepas negeri Sarawak

    Dikenali dengan nama Negeri Di Bawah Bayu dan merupakan sebuah negeri yang unik dan terkenal dengan kepelbagaian kebudayaan suku kaumnya.

    Terletak di utara pulau Borneo, pulau ketiga terbesar di dunia. Sabah meliputi kawasan seluas 72,500 kilometer persegi dengan pantai sepanjang 1,440 kilometer dengan Laut Cina Selatan terletak di pantai barat, Laut Sulu di sebelah timur laut dan Laut Celebes di sebelah selatan.

    Sabah adalah kaya dengan berbagai-bagai jenis tumbuhan. Bunga terbesar di dunia Rafflesia dengan kuntumnya berukuran tiga meter garis pusat ditemui di Sabah.Banyak spesies anggerik/ orkid, periok kera yang didapati tumbuh di Sabah

    DAERAH-DAERAH DI Sabah

    Daerah Kudat

    Daerah Bahagian Pantai Barat

    Daerah Pedalaman

    Daerah Sandakan

    Daerah Tawau

    · Gunung Kinabalu yang tertinggi di Asia Tenggara tersergam indah dengan ketinggian 4,101 meter di Sabah

    · Kumpulan bukan penduduk asli yang terbesar di Sabah ialah masyarakat Cina. Mereka telah menetap di Sabah sejak abad yang lalu dan mereka merupakan kumpulan etnik yang terbesar selepas kaum Dusun/Kadazan.

    · Terdapat kira-kira 2.5 juta penduduk Sabah merangkumi lebih daripada 30 suku kaum dan kira-kira 80 dialek bahasa.

    · Penduduknya terdiri daripada kaum Kadazan atau Dusun, Bajau, Murut, Kelabit, Rungus dan lain-lain

    · Selain itu terdapat juga suku Kimarang, Kwijau, Lundayeh, Ubian, Binadan, Orang Sungai, Tatana, Tagaas, Brunei, Suluk dan lain-lain.

    · Perbezaan di antara berbagai-bagai suku kaum tersebut adalah ketara terutama sekali dari segi bahasa, ugama, adat istiadat, corak dan pegangan hidup termasuklah pakaian tradisi mereka.

    0 Komen:

    Post a Comment

    Copyright 2010 MASYARAKAT MALAYSIA