PEMBENTUKAN MASYARAKAT MALAYSIA PASCAMERDEKA

----> PERLEMBAGAAN 1957
----> IDEOLOGI KEBANGSAAN
----> DASAR BAHASA
----> DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN
----> DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN
ž Suruhanjaya Reid ditubuhkan untuk merangka Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
ž Dipengerusikan oleh Lord Reid
ž Dianggotai oleh pakar-pakar perlembagaan dari negara-negara Komanwel, iaitu:
› Sir Ivor Jennings (Britain)
› Sir Wiliam McKell (Australia)
› TuanB. Malik (India)
› Tuan Abdul Hamid (Pakistan)
ž Membuat tinjauan bagi mendapatkan pandangan pelbagai pihak
ž Mengadakan persidangan sebanyak 118 kali (Jun-Oktober 1956)
ž Jun 1957: Parlimen British menerima cadangan Suruhanjaya Reid
ž Dibentangkan di dalam Majlis Perundangan Persekutuan dan diluluskan pada 15 Ogos 1957
ž Berkuatkuasa pada 27 Ogos 1957
ž 4 Ciri-ciri Perlembagaan 1957:
- Struktur Kerajaan
› Yang DiPertuan Agong sebagai ketua negara
› Perdana Menteri sebagai ketua kerajaan
› Parlimen dibentuk
- Bahasa
› Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
› Penggunaan bahasa Inggeris dalam Majlis Undangan/mahkamah hanya dibenarkan untuk tempoh 10 tahun selepas kemerdekaan
- Kewarganegaraan
› Syarat kewarganegaraan diketatkan
- Peruntukan-peruntukan lain
› Islam sebagai agama rasmi Persekutuan.
ž Perlembagaan Malaysia sekali lagi dipinda dan diperbaharui apabila Singapura, Sabah dan Sarawak bergabung dengan Tanah Melayu lalu membentuk Malaysia pada 16 September 1963.
ž Antara kesepakatan dalam Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Kaum (JPPK) dengan tertubuhnya negara Malaysia adalah seperti berikut :-
ž Perlembagaan Malaysia yang hendak digubal mestilah berdasarkan kepada Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957
ž Satu suruhanjaya akan dibentuk bagi mendapatkan pandangan Sabah dan Sarawak (Suruhanjaya Cobbold)
ž Persetujuan hendaklah dicapai di antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri
ž Agama Islam hendaklah dijadikan agama rasmi bagi Persekutuan Malaysia
ž Bahasa Melayu hendaklah dijadikan bahasa rasmi Persekutuan Malaysia
ž Bumiputera Sabah dan Sarawak hendaklah dikekalkan kedudukan istimewanya
ž Dengan yang demikian, pada tanggal 16 September 1963, maka terbentuklah rakyat atau masyarakat Malaysia yang terdiri daripada Melayu, Cina dan India Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak serta penduduk peribumi / bumiputera Sabah dan Sarawak .